Sistem Pendidikan

 Pendidikan merupakan alat penting dalam memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem pendidikan di negara ini telah dirangka dan digubal untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu, mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi serta dapat menyumbang terhadap pembangunan negara. Melalui sistem pendidikan kebangsaan, pelajar dari pelbagai latar belakang etnik diajar bersama-sama, yang memberikan ruang untuk berinteraksi dan membina hubungan. Subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Sivik juga berperanan mendidik pelajar tentang kepentingan perpaduan nasional dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama.


(Guru berperanan penting menyemai perpaduan kaum, mereka bukan sahaja berperanan sebagai agen perubahan malah menjadi sumber utama pemupuk nilai dan semangat perpaduan dalam kalangan murid sekolah)


Selain itu, program seperti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) diwujudkan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat kebersamaan sejak usia muda.

(Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah berlangsung dengan jayanya di SK Sultan Ismail bersama-sama SJK (C) Chukai. Pelbagai activiti diadakan, antaranya adalah tarian, silat, 24 gendang perayaan cina dan sebagainya.)


Dasar Pendidikan Kebangsaan pula menyelaraskan pendidikan agar semua kaum memperoleh pendidikan yang seimbang. Dasar Pendidikan Kebangsaan wujud akibat timbulnya kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat ketika negara menuju kemerdekaan tentang betapa pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan. Dasar ini adalah untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak rakyat dan negara.


Comments

Popular posts from this blog

Dasar Kerajaan

HOME