Posts

Showing posts from October, 2024

Objektif

  OBJEKTIF E-FOLIO Berkongsi pengetahuan kepelbagaian budaya dan cara hidup untuk menjalin hubungan antara kaum dalam masyarakat majmuk. Mewujudkan kesedaram setiap budaya memiliki adat masing-masing untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral, bertoleransi dan bertika. Memberi pencerahan kepada masyarakat untuk memahami, menghargai, dan merangkumi elemen-elemen budaya mereka sendiri serta dari luar komuniti untuk memperkaya identiti budaya mereka.

Rujukan

  Rumah terbuka, kunjung mengunjungi eratkan perpaduan: Ewon https://www.nabalunews.com/post/rumah-terbuka-kunjung-mengunjungi-eratkan-perpaduan-ewo n Pengertian Sistem Pendidikan: Definisi dan Penjelasan Lengkap Menurut Ahli https://geograf.id/jelaskan/pengertian-sistem-pendidikan/ Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/izzatulnajihahazham/sosiologi-dalam-pendidikan/program-rancangan-integrasi-murid-untuk-perpaduan-rimup Dasar-dasar kerajaan  https://www.slideshare.net/slideshow/dasardasar-kerajaan/38605328 PERPADUAN TERAS KEHARMONIAN NEGARA https://poshimirosivasugan.blogspot.com/ Maksud Prinsip Rukun Negara & Kepentingan https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html

Kesimpulan

Image
 Perkara yang dapat saya simpulkan di sini, perpaduan merupakan salah satu faktor yang berperanan dalam menerapkan keharmonian dan cara hidup yang hormat-menghormati dalam masyarakat. Walaupun berbeza kepercayaan, namun perpaduan harus disemai atau dipupuk dalam masyarakat. Orang yang mempunyai sifat hormat- menghormati akan menjadikan dirinya sebagai orang yang mempunyai identiti yang baik dan luhur. Hidup sapa-menyapa adalah sebagai cara kita untuk menyemai sikap perpaduan dalam masyarakat. Ini menjadikan cara hidup yang sihat sebagai penerap etika dan peradaban dalam masyarakat sejagat. Orang yang tidak menjaga perpaduan diibaratkan sebagai "kurang duit boleh dicari,kurang akal habis bicara"

Rukun Negara

Image
    Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia . Ia mengandungi lima prinsip asas, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan , Kesetiaan kepada Raja dan Negara , Keluhuran Perlembagaan , Kedaulatan Undang-undang , dan Kesopanan dan Kesusilaan . Prinsip-prinsip ini menjadi panduan moral dan etika untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Ia berfungsi sebagai asas untuk membina perpaduan dengan menekankan nilai-nilai universal seperti keadilan, hormat-menghormati, dan keadilan sosial. Rukun Negara menjadi pedoman hidup bagi seluruh rakyat Malaysia. Prinsip-prinsip ini diajarkan sejak usia dini di sekolah dan diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Dengan mengamalkan nilai-nilai Rukun Negara, diharapkan masyarakat Malaysia dapat hidup dalam harmoni dan mewujudkan negara yang maju dan sejahtera.

Aktiviti dan Program Sosial

Image
Aktiviti sosial seperti rumah terbuka semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, dan Kaamatan adalah platform penting untuk memupuk perpaduan. Rumah terbuka membolehkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik berkumpul dan meraikan perayaan bersama, menggalakkan semangat saling memahami dan menerima perbezaan. (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, amalan rumah terbuka dan kunjung mengunjungi semasa musim perayaan antara kunci utama mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.) (Sebuah gambar yang menunjukkan dua keluarga yang berkaum dan beragama lain, berkongsi makana dan miniman di sebuah meja) Selain itu, program-program kebudayaan, seni, dan sukan yang dianjurkan secara nasional juga sering kali melibatkan pelbagai kaum, memperkuatkan rasa kekitaan dan menghapuskan jurang perkauman.

Dasar Kerajaan

Image
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Contohnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,  d icetuskan pada tahun 1971 di Pulau Pinang ,  berfungsi untuk membina satu identiti kebangsaan yang berlandaskan budaya masyarakat asal sambil menghormati kebudayaan lain. (Dasar ini menjadi garis panduan masyarakat bagi membentuk dan mengekalkan identiti sebagai warganegara Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan  adalah usaha untuk menjadikan kebudayaan sebagai elemen penting dalam pembangunan masyarakat dan negara, serta memperkukuh perpaduan antara etnik.) MELAKSANAKAN HARI PERAYAAN KAUM Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu Cina,Melayu dan India.Maka setiap kaum mempunyai hari perayaan bagi kaum masing-masing. (Terdapat pelbagai jenis perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Hari Gawai, Krismas dan sebagainya yang di sambut di Tanah Melayu.) Hari perayaan kaum di Malaysia berperan...